2.6.12

copy and paste! x de keje~ hehehe

Cerita 1


Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 3 Ceria dengan cerianya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Fery.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Fery : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Ikhwan : Saya ingin jadi petani moden.

Cikgu Fery : Lagi bagus….nanti hantarkan bekalan sayur percuma ke rumah cikgu.


Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Sharil dari meja belakang…


Cikgu Fery : Yer saya….

Shahril : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama menjejaki kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Fery : Saya rasa cita-cita awk tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Sharil…

Shahril : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni bodoh sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memag tak boleh diduga.





cerita 2




Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru
bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan
mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak
habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau
memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu
B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku
syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak
perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park
kereta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah kereta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase
sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak.
Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah
aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi...."













dear princess and prince,rajin2 la komen

.

No comments:

Post a Comment